Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

Blogger templates

Saturday 3 December 2011

Pedoman

Roda waktu tak pernah menunggu Pergi terus berlalu Segala dosa segala belenggu Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa Tuhan berikan pedoman Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai Tuhan berikan pedoman Dan bila kumenjauh, Kembali ke pangkal jalan Cahaya rahmatMu menyinar bahagia Syukur hatiku rasa Bergetar tubuh kusebut namaMu Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur Tuhan berikan pedoman Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai Tuhan berikan pedoman Dan bila kumenjauh, Kembali ke pangkal jalan Oooooooooooo…… Biar pedoman ini Berkekalan dihati, selamanya Pengubat jiwa, penyinar bahagia Inilah kasih yang kita damba Tuhan berikan pedoman Tunjukkan aku arah Jalan yang kau redhai Tuhan berikan pedoman Dan bila kumenjauh, Kembali ke pangkal jalan Roda waktu tak pernah menunggu Pergi terus berlalu Segala dosa segala belenggu Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa Tuhan berikan pedoman Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai Tuhan berikan pedoman Dan bila kumenjauh, Kembali ke pangkal jalan Cahaya rahmatMu menyinar bahagia Syukur hatiku rasa Bergetar tubuh kusebut namaMu Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur Tuhan berikan pedoman Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai Tuhan berikan pedoman Dan bila kumenjauh, Kembali ke pangkal jalan Oooooooooooo…… Biar pedoman ini Berkekalan dihati, selamanya Pengubat jiwa, penyinar bahagia Inilah kasih yang kita damba Tuhan berikan pedoman Tunjukkan aku arah Jalan yang kau redhai Tuhan berikan pedoman Dan bila kumenjauh, Kembali ke pangkal jalan Roda waktu tak pernah menunggu Pergi terus berlalu Segala dosa segala belenggu Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa Tuhan berikan pedoman Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai Tuhan berikan pedoman Dan bila kumenjauh, Kembali ke pangkal jalan Cahaya rahmatMu menyinar bahagia Syukur hatiku rasa Bergetar tubuh kusebut namaMu Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur Tuhan berikan pedoman Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai Tuhan berikan pedoman Dan bila kumenjauh, Kembali ke pangkal jalan Oooooooooooo…… Biar pedoman ini Berkekalan dihati, selamanya Pengubat jiwa, penyinar bahagia Inilah kasih yang kita damba Tuhan berikan pedoman Tunjukkan aku arah Jalan yang kau redhai Tuhan berikan pedoman Dan bila kumenjauh, Kembali ke pangkal jalan

Friday 2 December 2011

KENAPA PERLU BERSIH?

dikongsikan temuramah oleh wartawan akhbar Siasah bersama akhuna Setiausaha Agung IKRAM , akhi Zaid Kamaruddin yang juga merupakan Presiden JIM SIASAH : Kenapa perhimpunan BERSIH akan tetap juga diadakan pada 9 Julai walaupun mendapat bantahan daripada Ketua Polis Negara juga dari pemerintah? ZaidK : untuk meluahkan perasaan, sesuatu yang penting agar rasa tidak puas hati tidak terpendam dan membusung hingga meletuskan tindakan luar adab.Berhimpunan secara aman adalah hak yang diberikan oleh perlembagaan. Dalam konteks amalan demokrasi, ini adalah salah satu cara menyatakan pandangan atau untuk menarik perhatian kepada isu-isu yang dianggap penting oleh mana-mana kumpulan. Ia juga Sehubungan ini di dalam negara yang menilai tinggi hak asasi dan kebebasan, institusi awam seperti polis berperanan untuk memastikan perhimpunan aman dapat dijalankan dengan jayanya. SIASAH : Apa sebenarnya yang pihak BERSIH kehendaki walaupun Pengerusi SPR sendiri telah menyatakan bahawa pihaknya telah membuat banyak perubahan setelah perhimpunan BERSIH pada tahun 2007? ZaidK : Secara umumnya, BERSIH 2.0 inginkan penambahbaikan kepada sistem dan amalan pilihan raya. Pilihan raya adalah institusi yang penting kerana keputusannya membawa kesan yang besar kepada negara dan masyarakat. Kehendak rakyat hendaklah benar-benar diserlahkan melalui proses ini. Di antara tuntutan BERSIH 2.0 adalah Pemurnian senarai pemilih melalui pendaftaran automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara Pembaikan sistem undi pos Penggunaan dakwat kekal 21 hari had masa kempen minimum Akses kepada media yang adil Pengukuhan institusi awam supaya bebas dan tidak memihak Toleransi sifar terhadap rasuah Pembenterasan politik kotor Semua tuntutan ini jika dilaksanakan akan memperbaiki kelemahan yang ada dan akan menambah keyakinan rakyat. Lagi pun pilihanraya yang bebas dan adil serta yang dilihat bebas dan adil akan mengelak mana-mana pihak dari mempertikaikan keputusannya. Pertikaian keputusan pilihan raya membawa implikasi yang buruk hingga boleh membawa pertumpahan darah serta memberi kesan negatif kepada pembangunan negara.Kenya dan Ivory Coast menjadi contoh. Bagi wakil rakyat yang beragama, pemilihan yang bersih dan betul akan memberi ketenangan kerana jawatan dan imbuhan yang diperolehi tidak diragukan kehalalannya. SIASAH : Kenapa BERSIH masih mahu meneruskan perhimpunan walaupun Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar sendiri mahu perhimpunan tersebut dibatalkan sekiranya PM memenuhi syarat mengadakan pilihan raya bersih dan adil? ZaidK : BERSIH 2.0 tidak mengambil arahan dari mana-mana parti politik. Apa yang kita tuntut tidak memihak kepada sesiapa. Sesiapa sahaja boleh memberikan pandangan, tetapi BERSIH 2.0 lah yang akan memutuskan. Lagi pun persoalan ini tidak timbul kerana kita belum mendengar pandangan daripada YAB PM. SIASAH : Apa janji BERSIH agar perhimpunan itu tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini sebab PERKASA dan Pemuda UMNO akan turut sertai? ZaidK : BERSIH 2.0 komited untuk memastikan perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. Niat murni untuk membawa kebaikan kepada negara dan masyarakat tidak mungkin bertujuan merosak. Kita mengajukan tuntutan kita untuk dinilai oleh masyarakat. Kita yakin masyarakat akan amat bersetuju dengan pembaikan-pembaikan yang kita cadangkan. PERKASA dan Pemuda UMNO mempunyai hak untuk memberi reaksi mereka. Sama-sama kita jaga dan pastikan semua perhimpunan-perhimpunan ini berjalan dengan aman. SIASAH : Komen apabila ada pihak yang mahu supaya penganjur perhimpunan BERSIH ini diISAkan dan Datuk Ambiga dikatakan sebagai ‘Wanita Hindu Yang Merbahaya’? ZaidK : Sikit-sikit ISA. Tindakan seperti inilah yang mencemarkan nama negara. Masyarakat kita kini sudah lebih matang dan memilih menyelesaikan perbezaan pandangan melalui cara beradab, melalui perbincangan, perundingan dan membina muafakat. Ungkapan, ‘Wanita Hindu Yang Merbahaya’, bagi saya amat nista. Tak mungkin ia datang dari seseorang yang berbudi luhur dan berakhlak mulia. SIASAH : Siapa masyarakat sivil yang akan mengetuai perhimpunan tersebut sebagaimana yang dikatakan oleh Datuk Ambiga? ZaidK : yang menyokong usaha ini merentasi agama, kaum dan faham politik. Pernyataan yang dibuat oleh pelbagai jenis NGO di majlis pelancaran perhimpunan ini pada hari Ahad 19 Julai 2011 di KLSCAH menunjukkan hakikat ini.Masyarakat madani atau SIASAH : Apa bukti yang mengatakan SPR tidak telus, adil dan jujur dalam pilihan raya kerana Pengerusi SPR pernah berkata, tiada satu buktipun yang sampai ke pihaknya yang menunjukkan pilihan raya tersebut tidak telus terutama bukti tentang pengundi yang mengundi dua kali, pengundi dari warga negara asing? ZaidK : Saya pasti SPR pun tidak kata yang ada ini sudah yang terbaik! Itulah sebabnya, kami dari sudut pandang masyarakat madani mengemukakan cadangan-cadangan pembaikan ini. Ada di antaranya seperti penggunaan dakwat kekal turut dicadangkan oleh SPR sebelum PRU 12. Ada cadangan kita, sesuatu yang kita fikir menambah baik sistem atau proses yang ada, bukan kerana kekurangan SPR. Contohnya, cadangan menurunkan umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun, bukankah itu cadangan yang wajar dipertimbangkan. Pada umur 18 itu mereka boleh membunuh atau terbunuh mempertahankan negara, mengapa pula kita tidak memberikan mereka hak mengundi? Kita faham SPR ada kekangannya, oleh itu rakyat termasuk masyarakat madani perlu memainkan peranan. Ada di antara cadangan BERSIH 2.0 itu memerlukan pindaan perlembagaan, maka bagi masyarakat madani itu tidak sepatutnya menjadi halangan jika kepentingannya terselah sudah. SIASAH : Kenapa pihak BERSIH tidak pernah menghantar satu bukti pun kepada SPR mengatakan SPR ini tidak adil? ZaidK : Bukan tujuan BERSIH 2.0 membuktikan SPR tidak adil. Apa yang kita mahu adalah sistem dan proses yang lebih baik. Malah kita beranggapan SPRlah yang sepatutnya lebih tahu dan lantaran itu mencadangkan pembaikan supaya pilihan raya di Malaysia menjadi yang terbaik di dunia. Sepatutnya, sebelum kita terfikir pun, SPR sudah mencadangkannya. SPR mempunyai sumber dan tenaga yang besar untuk itu. Sia-sia wang rakyat jika kepentingan rakyat tidak didahulukan. Kita percaya SPR sebenarnya institusi yang bebas, yang bertanggungjawab penuh kepada SPB Yang DiPertuan Agong. SPR sama sekali tidak wajar bertindak seolah-olah ia satu Jabatan Kerajaan. Mungkin juga cadangan pembaikan yang dicadangkan oleh SPR itu tidak diterima oleh kerajaan. Kita sarankan SPR sebagai badan bebas memaklumkan cadangannya kepada rakyat. Rakyat boleh membantu membina konsensus, jika cadangan itu baik. SIASAH : Sekiranya perhimpunan BERSIH kali ini gagal, apa perancangan pihak BERSIH selanjutnya ZaidK : yang terbina ini akan membawa rakyat melihat tuntutan dan cadangan BERSIH 2.0. Itulah yang kita mahu. Semoga pilihan raya Malaysi menjadi yang terbaik di dunia!Kita tidak memikirkan tentang kegagalan. Setakat ini pun ia sudah menarik perhatian umum.

Wednesday 23 November 2011

RENUNGAN SEBENTAR SEBELUM TIDUR

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu : 1. Sebelum khatam Al Qur'an, 2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti, 3. Sebelum para muslim meredhai kamu, 4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah... . "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. . . Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasulullah tersenyum dan bersabda : "Sebelum engkau hendak tidur bacalah: Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Membacalah sholawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. "Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat " Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati." Dan,perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" Kalau larat amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali. Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi. Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur. 1. Baca doa sebelum dan selepas tidur. 2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati. 3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X. 4. membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur. 5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang. 6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. 7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu. 8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. 9.membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang. 10.Tutup aurat ketika tidur. MOGA TIDUR KITA DITERIMA ALLAH SEBAGAI IBADAH :) INSYAALLAH ♥

Cinta Sepenuh Hati

Seorang lelaki, jatuh hati pandang pertama kepada seorang wanita di universitinya. Kerana cinta yang sangat mendalam, terus lelaki itu pergi melamar perempuan tersebut dengan bertemu bapanya. Memandangkan lelaki itu pelajar, dan tidak pula punya harta yang banyak, Sang Bapa kebera...tan untuk menerima. Tetapi lelaki itu berkata: ... "Saya mencintainya sepenuh hati. Apa sahaja sanggup saya lakukan, asal saya dapat berkahwin dengan dia. Saya sanggup gadaikan segalanya." Bapa perempuan: "Benar?" Lelaki: "Iya." Bapa perempuan: "Jadi, maharnya adalah sekian-sekian(harga yang teramat mahal). Tetapi kerana engkau pelajar, maka aku anggap itu sebagai hutang. Bayar semula ketika engkau sudah mula bekerja." Lelaki(dengan nada tersangat gembira): "Baik!" Maka mereka berkahwin. Pada awalnya kelihatan indah. Tetapi kerana lelaki tersebut tiada wang, hidup mereka susah. Perempuan itu pula akhirnya selalu merungut. Kecantikan wajahnya hilang ditelan akhlak buruk. Lelaki itu pula tidak mendapat kerja yang bergaji besar. Hanya bergaji sederhana. Tidak mampu memberikan kemewahan kepada isterinya. Saban hari rungutan isteri semakin kasar dan mula ditambah dengan cercaan dan makian. Lelaki itu mula merasa hidupnya penuh derita dan kesukaran. Tiada cinta dan kasih sayang dalam keluarganya. Akhirnya si isteri menuntut cerai, dan mereka berpisah. Dalam keadaan, mahar si lelaki masih perlu membayar mahar isterinya yang merupakan hutang. Hiduplah lelaki itu dengan kehidupan yang sempit. Saban bulan gajinya dipotong hingga menjadi sedikit untuk melunaskan hutangnya, dan dia hanya hidup seperti layaknya orang miskin. ----------------------------------------------- "Maka aku mengingatkan kepada kamu anak-anak muridku yang aku kasihi, tiada cinta sepenuh hati, melainkan kepada Ilahi. Engkau tidak akan tahu bagaimana perempuan atau lelaki yang akan engkau kahwini itu. Dan ketahuilah, sesungguhnya apabila engkau mencintai sesuatu melebihi Allah SWT, maka Allah SWT akan mengujimu dengan perkara itu." ps: Kadang-kadang, kita ini senang mencintai sesuatu, melebihi cinta kita kepada Allah SWT.

8 PERKARA MENDATANGKAN PAHALA TANPA BERIBADAT

1- Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya. 2- Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya. 3- Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir. 4- Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan. 5- Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari. 6- Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat. 7- Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia. 8- Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ) , maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri. Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810. Sememangnya Islam itu mudah ♥

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? *Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. **Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. ★ Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. "Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali (1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh (3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". ~Surah Al-'Asr.

I,m new , OK?!

Hey there ! My name is Muiz or I,m better known as Izzy . So, as you all know , I,m a very very very new here . Err , I,m Malaya but I,m trying to speak in English for a while ... Okay , saya lebih dikenali sebagai Izzy . Huh ~ Izzy tak taw sgt tntag blog ni ... sebab tu nk trai post something supaya nk bg blog izzy ni ceria sket .. Memang tak byk yg nk Izzy post-kan . Jadi rasanya sampai sini dulu , Izzy nk buat benda lain pulak .. Yg mana rasa nk tl0ng Izzy ceriakan blog Izzy ni , tolong recommend kan , ok? Thanks very much ...                                                                                                                          Assalamualaikum ,
                                                                                                                           MUIZ BIN MASWAN