Blogger templates
Saturday 3 December 2011
Pedoman
Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Oooooooooooo……
Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Oooooooooooo……
Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Oooooooooooo……
Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Friday 2 December 2011
KENAPA PERLU BERSIH?
dikongsikan temuramah oleh wartawan akhbar Siasah bersama akhuna Setiausaha Agung IKRAM , akhi Zaid Kamaruddin yang juga merupakan Presiden JIM
SIASAH : Kenapa perhimpunan BERSIH akan tetap juga diadakan pada 9 Julai walaupun mendapat bantahan daripada Ketua Polis Negara juga dari pemerintah?
ZaidK :
untuk meluahkan perasaan, sesuatu yang penting agar rasa tidak puas hati tidak terpendam dan membusung hingga meletuskan tindakan luar adab.Berhimpunan secara aman adalah hak yang diberikan oleh perlembagaan. Dalam konteks amalan demokrasi, ini adalah salah satu cara menyatakan pandangan atau untuk menarik perhatian kepada isu-isu yang dianggap penting oleh mana-mana kumpulan. Ia juga
Sehubungan ini di dalam negara yang menilai tinggi hak asasi dan kebebasan, institusi awam seperti polis berperanan untuk memastikan perhimpunan aman dapat dijalankan dengan jayanya.
SIASAH : Apa sebenarnya yang pihak BERSIH kehendaki walaupun Pengerusi SPR sendiri telah menyatakan bahawa pihaknya telah membuat banyak perubahan setelah perhimpunan BERSIH pada tahun 2007?
ZaidK :
Secara umumnya, BERSIH 2.0 inginkan penambahbaikan kepada sistem dan amalan pilihan raya. Pilihan raya adalah institusi yang penting kerana keputusannya membawa kesan yang besar kepada negara dan masyarakat. Kehendak rakyat hendaklah benar-benar diserlahkan melalui proses ini.
Di antara tuntutan BERSIH 2.0 adalah
Pemurnian senarai pemilih melalui pendaftaran automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara
Pembaikan sistem undi pos
Penggunaan dakwat kekal
21 hari had masa kempen minimum
Akses kepada media yang adil
Pengukuhan institusi awam supaya bebas dan tidak memihak
Toleransi sifar terhadap rasuah
Pembenterasan politik kotor
Semua tuntutan ini jika dilaksanakan akan memperbaiki kelemahan yang ada dan akan menambah keyakinan rakyat.
Lagi pun pilihanraya yang bebas dan adil serta yang dilihat bebas dan adil akan mengelak mana-mana pihak dari mempertikaikan keputusannya. Pertikaian keputusan pilihan raya membawa implikasi yang buruk hingga boleh membawa pertumpahan darah serta memberi kesan negatif kepada pembangunan negara.Kenya dan Ivory Coast menjadi contoh.
Bagi wakil rakyat yang beragama, pemilihan yang bersih dan betul akan memberi ketenangan kerana jawatan dan imbuhan yang diperolehi tidak diragukan kehalalannya.
SIASAH : Kenapa BERSIH masih mahu meneruskan perhimpunan walaupun Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar sendiri mahu perhimpunan tersebut dibatalkan sekiranya PM memenuhi syarat mengadakan pilihan raya bersih dan adil?
ZaidK :
BERSIH 2.0 tidak mengambil arahan dari mana-mana parti politik. Apa yang kita tuntut tidak memihak kepada sesiapa. Sesiapa sahaja boleh memberikan pandangan, tetapi BERSIH 2.0 lah yang akan memutuskan. Lagi pun persoalan ini tidak timbul kerana kita belum mendengar pandangan daripada YAB PM.
SIASAH : Apa janji BERSIH agar perhimpunan itu tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini sebab PERKASA dan Pemuda UMNO akan turut sertai?
ZaidK :
BERSIH 2.0 komited untuk memastikan perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. Niat murni untuk membawa kebaikan kepada negara dan masyarakat tidak mungkin bertujuan merosak. Kita mengajukan tuntutan kita untuk dinilai oleh masyarakat. Kita yakin masyarakat akan amat bersetuju dengan pembaikan-pembaikan yang kita cadangkan.
PERKASA dan Pemuda UMNO mempunyai hak untuk memberi reaksi mereka. Sama-sama kita jaga dan pastikan semua perhimpunan-perhimpunan ini berjalan dengan aman.
SIASAH : Komen apabila ada pihak yang mahu supaya penganjur perhimpunan BERSIH ini diISAkan dan Datuk Ambiga dikatakan sebagai ‘Wanita Hindu Yang Merbahaya’?
ZaidK :
Sikit-sikit ISA. Tindakan seperti inilah yang mencemarkan nama negara. Masyarakat kita kini sudah lebih matang dan memilih menyelesaikan perbezaan pandangan melalui cara beradab, melalui perbincangan, perundingan dan membina muafakat.
Ungkapan, ‘Wanita Hindu Yang Merbahaya’, bagi saya amat nista. Tak mungkin ia datang dari seseorang yang berbudi luhur dan berakhlak mulia.
SIASAH : Siapa masyarakat sivil yang akan mengetuai perhimpunan tersebut sebagaimana yang dikatakan oleh Datuk Ambiga?
ZaidK :
yang menyokong usaha ini merentasi agama, kaum dan faham politik. Pernyataan yang dibuat oleh pelbagai jenis NGO di majlis pelancaran perhimpunan ini pada hari Ahad 19 Julai 2011 di KLSCAH menunjukkan hakikat ini.Masyarakat madani atau
SIASAH : Apa bukti yang mengatakan SPR tidak telus, adil dan jujur dalam pilihan raya kerana Pengerusi SPR pernah berkata, tiada satu buktipun yang sampai ke pihaknya yang menunjukkan pilihan raya tersebut tidak telus terutama bukti tentang pengundi yang mengundi dua kali, pengundi dari warga negara asing?
ZaidK :
Saya pasti SPR pun tidak kata yang ada ini sudah yang terbaik! Itulah sebabnya, kami dari sudut pandang masyarakat madani mengemukakan cadangan-cadangan pembaikan ini. Ada di antaranya seperti penggunaan dakwat kekal turut dicadangkan oleh SPR sebelum PRU 12.
Ada cadangan kita, sesuatu yang kita fikir menambah baik sistem atau proses yang ada, bukan kerana kekurangan SPR. Contohnya, cadangan menurunkan umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun, bukankah itu cadangan yang wajar dipertimbangkan. Pada umur 18 itu mereka boleh membunuh atau terbunuh mempertahankan negara, mengapa pula kita tidak memberikan mereka hak mengundi?
Kita faham SPR ada kekangannya, oleh itu rakyat termasuk masyarakat madani perlu memainkan peranan. Ada di antara cadangan BERSIH 2.0 itu memerlukan pindaan perlembagaan, maka bagi masyarakat madani itu tidak sepatutnya menjadi halangan jika kepentingannya terselah sudah.
SIASAH : Kenapa pihak BERSIH tidak pernah menghantar satu bukti pun kepada SPR mengatakan SPR ini tidak adil?
ZaidK :
Bukan tujuan BERSIH 2.0 membuktikan SPR tidak adil. Apa yang kita mahu adalah sistem dan proses yang lebih baik. Malah kita beranggapan SPRlah yang sepatutnya lebih tahu dan lantaran itu mencadangkan pembaikan supaya pilihan raya di Malaysia menjadi yang terbaik di dunia. Sepatutnya, sebelum kita terfikir pun, SPR sudah mencadangkannya. SPR mempunyai sumber dan tenaga yang besar untuk itu. Sia-sia wang rakyat jika kepentingan rakyat tidak didahulukan. Kita percaya SPR sebenarnya institusi yang bebas, yang bertanggungjawab penuh kepada SPB Yang DiPertuan Agong. SPR sama sekali tidak wajar bertindak seolah-olah ia satu Jabatan Kerajaan.
Mungkin juga cadangan pembaikan yang dicadangkan oleh SPR itu tidak diterima oleh kerajaan. Kita sarankan SPR sebagai badan bebas memaklumkan cadangannya kepada rakyat. Rakyat boleh membantu membina konsensus, jika cadangan itu baik.
SIASAH : Sekiranya perhimpunan BERSIH kali ini gagal, apa perancangan pihak BERSIH selanjutnya
ZaidK :
yang terbina ini akan membawa rakyat melihat tuntutan dan cadangan BERSIH 2.0. Itulah yang kita mahu. Semoga pilihan raya Malaysi menjadi yang terbaik di dunia!Kita tidak memikirkan tentang kegagalan. Setakat ini pun ia sudah menarik perhatian umum.
Subscribe to:
Posts (Atom)